the miracle of life
Thursday, 6 June 2013
Kita Lupa Allah akan Marah
Tuesday, 4 June 2013
Nampak Dekat Jauh Sebenarnya
Bagaimana anda menilai seseorang ? Melalui percakapannya , melihat pada pakaiannya , atau melihat pada gaya personalitinya ? Hmm.. macam-macamkan kita boleh menilai orang hingga kadang-kadang itu dah macam gaya penyiasat FBI saja. Huhu.. tak menang tangan nak perkatakan si dia dan si sekian macamana orangnya , bagaimana perangainya ..dan apa-apa yang tidak langsung dapat menyumbang pada negara . huhu.. Tapi kita sering lupa .
Lupa siapa yang sepatutnya menilai . Manusia menilai ada yang adil dan ada yang tidak . Namun nilaian Allah swt jua yang Maha Adil . Kita sibuk menilai saudara-saudara islam kita dengan hanya memberi markah . huh? mudahkan . Yang cantik semestinya dapat markah tinggi kan , yang kaya mesti dapat perhatian lebih.
Dan begitulah mata manusia menilai si miskin. Si kaya dinilai semakin kaya dan si miskin dilihat semakin miskin. Namun tidakkah kamu menghirau pandangan atau nilaian kamu terhadap hati. Hati seseorang yang kamu nilai itu . Kayakah ia atau miskin kah ia ?
Susahnya untuk menilai orang . Kerana kita makhluk yang sangat lemah . Lebih - lebih lagi bila hanya berpandukan akal fikiran semata - mata . Orang yang dekat dan berada di samping kita , bagaimana anda menilai nya ? Yang pasti bila kita selesa berdamping dan membuat dia sebagai kawan , itulah yang membuatkan kita belajar untuk mengenali kehidupan. Kawan yang dekat ada ketika dia akan jauh dengan kita . Bila dekat adanya jauh . Bila jumpa adanya perpisahan . Itu lah kehidupan !
Kesilapan dalam menilai . Dari situlah kita belajar . Kesilapan yang mendewasakan kita . Terus berada dalam kesilapan atau mencari jalan untuk keluar dan perbetulkan kesilapan itu . Di mana pilihan kita =)
Sunday, 14 April 2013
Jangan Jauh dengan Tuhan
Apa yang kamu rasa setelah solat ? Lega atau mungkin kamu pernah tanya diri kamu sendiri adakah aku dah solat ? mungkin kan. Susah kan nak dapatkan khusyuk.seriyes susah =(
Sedangkan Saidina Umar menangis setelah beliau solat . Mengapa ? Kerna beliau takut adakah Allah terima atau tidak solatnya . Subhanaallah . Lama lagi kita mahu jadi macam itu.
Banyak masalah ? Jangan mengeluh. Segera cari Allah. Mengadu padanya puas-puas. Memang . Fitrah manusia bila susah baru cari Tuhan. Tapi bersyukurlah sekurang-kurangnya hati kita masih lagi ada rasa bertuhan =)
Jangan lari andai dirimu berasa jauh dengan Tuhan. Malas nak ke surau ? Tidak mengapa . Janji kamu solat plus usaha untuk khusyuk =) Tetapii.. cuba lah untuk pasangkan niat penuhkan lima waktu di surau. kamu memang Osem ! kalau buat ^.^
BeRsedih dan risaulah kamu andai kamu tidak dapat solat di masjid . Mungkin Allah tidak mengizinkan kamu masuk mengunjungi rumahnya . Allahurabbi T.T
Thursday, 28 February 2013
Bermulanya Satu Kesedaran
Fikir.
Mengapa perlu keuntungan seorang diikat dengan ciri-ciri seperti tadi ? Selain daripada itu tidak beruntungkah ?
Pada hari ini, semua orang akan menjadikan facebook atau blog-blog sebagai rujukan mereka. Mereka mencari suatu ''kefahaman'' dengan menjadikan teknologi sebagai ulamanya.
Bagaimana mahu mencari kefahaman tersebut jika teknologi yang ada tidak digunakan ? Apa yang saya lakukan adalah pergi merujuk kepada mereka yang lebih tua. Carilah mereka. Mereka ada untuk berkongsi pengalaman. Dan percayalah saya mula belajar dan memahami.
Faham sebelum bercinta.
Berlainan dengan remaja hari ini yang bercinta sebelum memahami. Bagi saya Allah aturkan bagi mendapat kefahaman terlebih dahulu sebelum menerjah masuk ke alam itu secara melulu.
Fahami dahulu mengapa perlu bercinta ?
Pentingkah untuk kita memilih ciri-ciri ?
Bagaimana patut bercinta ?
Mengapa penting membentuk diri sebelum pernikahan ? Dan apa kaitannya dengan keadaan diri kita?
Apa kaitan hubungan rumah tangga yang kita bina, dengan Islam dan umat?
Memahami Cinta yang Sebenar. Realistik.
Friday, 15 February 2013
Dalam kehidupan ini, kita sering mengadakan kontrak, bermain dengan kontrak, atau kadang-kadang kita nakal sehingga kita lari daripada kontrak kehidupan. Justeru, mungkin pelbagai tindakan dikenakan kepada kita kerana gagalnya kita mematuhi kontrak yang seharusnya dilaksanakan.
Namun, sama ada kita sedar ataupun tidak, kita telah pun mengadakan satu kontrak bukan satu Malaysia.
..errkk. OK. maen! kita telah pun mengadakan satu kontrak yang lebih agung dengan Allah yang menciptakan kita sewaktu di alam roh dahulu. Kontrak yang dinamakan sebagai ' Kontrak Hidup' . Ia mengikat janji kita, bukan sahaja untuk mengiktiraf Allah sebagai Tuhan, bahkan juga untuk mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. fuhh ..( berpeluh)
Ayuh kita memikirkan dan merenung kembali kisah perjanjian lama ini . . antara kita dengan Tuhan . nanges . mungkin kita tertanya-tanya bilakah termenterainya perjanjian ini , mungkin ? Ya ! kita lupa . malang. mungkin ada yang tidak tahu .. Allahurabbi !
Seringkali kita lupa dan lalai dengan perjanjian ini. Seringkali kita melanggar kontrak ini, lantas menjadikan kita hamba yang menzalimi diri sendiri. Berapa banyak janji kepada Allah yang telah kita ingkar? Berapa kerap janji yang telah kita langgar? Berapa sering kita abai dan remehkan janji ini?
Ya Allah, ampuni kami Ya Allah. Kami telah menzalimi diri kami selama ini. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dan tenggelam dengan dosa-dosa kami. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi hamba-hambaMu yang taat, yang benar-benar Engkau redhai.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebelum kontrak ini tamat tempohnya, berilah kepada kami kesempatan mengumpul bekalan secukupnya untuk dibawa apabila berhadapan denganMu di akhirat nanti. Dan dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, akhirilah kontrak kami ini dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin
Thursday, 3 May 2012
Foto Itu Seni
Alhamdulillah dapat menggunakan nikmat tangan untuk rajin mengupdate blog =)
Seni? ish..sastera tu..hmm.. ini pandangan jumud manusia-manusia yang malas nak mengupdatekan akal. Orang otak sains pun ada bakat tau bub-bub seni ini.
Oleh kerana semenjak dua menjak ini admin tergila-tergilakan fotografi punya bidang, So tajuk enri kali ini adalah seni foto.jeng3!! Apa hal? entah..
'' Dengan ambil gambar kita boleh dapat pahala, dan dengan ambil gambar juga kita boleh dapat dosa free-free '' Free of charge tue..
Pernah kita cari dan merenung pada kekuasaan Allah swt yang maha Hebat mencipta dunia ini ? Bunga tahi ayam..alahaii.. nama pun tak ada selera orang nak pandang apatah lagi nak mendapatkannya. Tapi bila kita ambil gambar dengan dekat or fokus hanya pada bunga , tidak cantikkah ia ?
Subhanallah..
Kadang-kadang hanya itu yang mampu terungkap di bibir ini tatkala hati selama ini tidak pernah melihat dengan mata hati akan kebesaran dan keindahan ciptaan Allah swt ini .
Ada ketikanya dengan foto seseorang itu mendapat hidayah Allah..
Ada ketika dengan foto seseorang itu tersedar dengan keajaiban ciptaan Rabbul Izzati ini ..
namun..
Ada ketika manusia mendapat dosa dengan foto ..Nauzubillah
p/s : Kepada pencipta fotografi , lihatlah kebesaran Allah melalui DSLR anda ..wink2..**
Sunday, 29 April 2012
erti ketabahan dari sebuah kematian
Tirai entri kali ini dibuka dengan tajuk yang pasti kita akan atau telah alami.bagi admin, TELAH merasai.hmm..dalam itu maksudnya..hehe
Yes, for sure.. saya dah rasa pahit ke manis ke sebuah kehilangan. mostly kehilangan insan yang dekat dengan kita. Pelik bukan jika saya katakan kehilangan itu ada manisnya ? mesti sedih dan adakalanya manusia sampai putus asa hendak teruskan kehidupan atau tidak setelah merasai pahitnya kehilangan.
ok..ok..dah! disini saya ingin membawa saudara-saudara seagamaku merasai bagaimana untuk merasai kemanisan dan cara untuk mendapatkannya disebalik tawarnya kehilangan itu =)
Kalian semua ada binatang peliharaan ? kucing ke..arnab ke..dan apa-apa lah janji bukan yang berbisa.he..hmm, memandangkan saya suka kucing, so saya pilih cat lah ye.suka kucing sebab keturunan...hehe, anak mak katakan, wink-wink**dulu lahh.. tapi sekarang suka kucing kerana Allah s.w.t..
bila dah pelihara banyakk kucing nih selama bertahun-tahun, sekarang saya dah sedar bahawa saya dapat something. something yang amat berguna untuk hidup saya , Ketabahan. ya, saya dapat ketabahan melalui ciptaan Allah s.w.t yang maha Hebat ini, Kucing..
LA TAHZAN.. DIRIMU KE SYURGA JUA |
Pengalaman melihat kucing dirempuh, dilenyek, dibaham, dipukul, dipotong dan hancur berkecai hanya Tuhan yang tahu hati ini. Hati ini mudah tersentuh kerana Allah sw.t yang pegang hati ini. Semoga hati ini bersih dengan cahaya iman.
Percayalah..erti ketabahan itu ada pada ciptaan Allah s.w.t. Jiwa saya tabah bila benda yang kita teramat sayang pergi intuk selamanya. Yang paling manis bila saya yakin jasad yang pergi untuk selamanya itu dah menuju ke syurga, indah bukan ? =)
Itu kucing.. manusia lain kan. syurga atau neraka, amal kita yang menentukan arah tuju kita. So, kematian or kehilangan kucing buat saya semakin tabah dan bersedia. Bersedia untuk menghadapi kehilangan insan. Kehilangan abang buatku semakin tabah.
p/s : jangan benci pada kucing, kerana benci itu maknanya benci pada ciptaan Allah s.w.t. moga dijauhkan perasaan benci itu.