Thursday, 28 February 2013

Bermulanya Satu Kesedaran

''Untung  siapa  yang  dapat  dia  ini. Rajin  pergi  usrah, pandai ,  waraq , solehah. Bahkan,  dia  bercita-cita  menyumbang  tenaganya  demi  Islam. ''

Fikir.

Mengapa  perlu  keuntungan  seorang  diikat  dengan  ciri-ciri  seperti  tadi ? Selain  daripada  itu  tidak  beruntungkah ?

Pada  hari  ini, semua  orang  akan  menjadikan  facebook  atau  blog-blog  sebagai  rujukan  mereka. Mereka  mencari  suatu  ''kefahaman''  dengan  menjadikan  teknologi  sebagai  ulamanya.

Bagaimana  mahu  mencari  kefahaman  tersebut  jika  teknologi  yang  ada  tidak  digunakan ?   Apa  yang  saya  lakukan  adalah  pergi  merujuk  kepada  mereka  yang  lebih  tua. Carilah  mereka. Mereka  ada  untuk  berkongsi  pengalaman. Dan  percayalah  saya  mula  belajar  dan  memahami.

Faham  sebelum  bercinta.

Berlainan  dengan  remaja  hari  ini  yang  bercinta  sebelum  memahami. Bagi  saya  Allah  aturkan  bagi  mendapat  kefahaman  terlebih  dahulu  sebelum  menerjah  masuk  ke  alam  itu  secara  melulu.

Fahami  dahulu  mengapa  perlu  bercinta ?
Pentingkah  untuk  kita  memilih  ciri-ciri ?
Bagaimana  patut  bercinta ?
Mengapa  penting  membentuk  diri  sebelum  pernikahan ? Dan  apa  kaitannya  dengan  keadaan  diri  kita?
Apa  kaitan  hubungan  rumah  tangga  yang  kita  bina, dengan  Islam  dan  umat?

Memahami  Cinta  yang  Sebenar. Realistik.



-Kita  hidup  di atas  dunia, bukan  dalam  syurga-

Akhirnya  dalam  perjalanan  saya,  saya  mula  melihat  betapa  betapa  besarnya  perkara  ini. Pada  usia  19 tahun , saya  memahami  perkara  ini  yakni  cinta , pernikahan, dan  rumah  tangga  tidak  boleh  dilaksanakan  sambil  lewa. Tidak  boleh  dilalui  sambil  lewa.

Hal  ini  kerana  saya  mula  menyedari  hubungan  dua  manusia ,  lelaki  dan  perempuan  yang  mahu  bersatu  menjadi  keluarga,  adalah  asas  kepada  pembinaan  ummah  itu  sendiri.

Pada  saya,  sekiranya  saya  merosakkan  perjalanan  cinta  saya , dengan  mengisinya  dengan  perkara  yang  Allah  larang, membinanya  dengan  sambil  lewa  tanpa  kesungguhan, saya  sebenarnya  telah  menyumbang  kepada  kerapuhan  ummah!

Ya! Ketika  ini, ini  yang  saya  lihat. Dan  saya  mula  merancang  masa  hadapan  saya.

Perjalanan   cinta  saya

Rumah  tangga  saya.

Saya  tidak  berasa  malu  untuk  merancang  semua  itu. Bagi  saya  itu  Penting. Ramai  yang  berseronok  dan  teruja  dalam  menerjah  percintaan , perkahwinan  dan  rumah  tangga. Sibuknya  kita  hanya  dengan  isu  pergaulan  lelaki  dan  perempuan. Bagaimana  cinta  sebelum  kahwin  halal  ataupun  tidak? Istikharah  bagaimana? dan  sebagainya.

Bagaimanapun  tiada  yang  menyedari  perkara  ini.

Pembinaan  Ummah!

Meereka  yang  menyedari  menyibukkan  diri  dengan  dengan  perkara-perkara  kecil. Bagi  yang  menyedari , dia  menyibukkan  diri  dengan  perkara-perkara  besar.

Friday, 15 February 2013


Dalam kehidupan ini, kita sering mengadakan kontrak, bermain dengan kontrak, atau kadang-kadang kita nakal sehingga kita lari daripada kontrak kehidupan. Justeru, mungkin pelbagai tindakan dikenakan kepada kita kerana gagalnya kita mematuhi kontrak yang seharusnya dilaksanakan. 

Namun, sama ada kita sedar ataupun tidak, kita telah pun mengadakan satu  kontrak bukan satu Malaysia.
..errkk. OK. maen! kita telah  pun  mengadakan  satu  kontrak   yang lebih agung dengan Allah yang menciptakan kita sewaktu di alam roh dahulu. Kontrak yang dinamakan sebagai ' Kontrak Hidup' . Ia  mengikat janji kita, bukan sahaja untuk mengiktiraf  Allah sebagai Tuhan, bahkan juga untuk mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. fuhh ..( berpeluh)

Ayuh  kita  memikirkan  dan  merenung  kembali  kisah  perjanjian  lama  ini . . antara  kita  dengan  Tuhan . nanges . mungkin  kita  tertanya-tanya bilakah  termenterainya  perjanjian  ini , mungkin ? Ya ! kita  lupa . malang. mungkin  ada  yang  tidak  tahu .. Allahurabbi !

Seringkali kita lupa dan lalai dengan perjanjian ini. Seringkali kita melanggar kontrak ini, lantas menjadikan kita hamba yang menzalimi diri sendiri. Berapa banyak janji kepada Allah yang telah kita ingkar? Berapa kerap janji yang telah kita langgar? Berapa sering kita abai dan remehkan janji ini?

Ya Allah, ampuni kami Ya Allah. Kami telah menzalimi diri kami selama ini. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dan tenggelam dengan dosa-dosa kami. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi hamba-hambaMu yang taat, yang benar-benar Engkau redhai. 

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebelum kontrak ini tamat tempohnya, berilah kepada kami kesempatan mengumpul bekalan secukupnya untuk dibawa apabila berhadapan denganMu di akhirat nanti. Dan dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, akhirilah kontrak kami ini dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin