Thursday 6 June 2013

Kita Lupa Allah akan Marah


‘’ Dan  (ingatlah) , Allah  tidak  sekali-kali  akan  melambatkan  kematian  seseorang  (atau  sesuatu  yang  bernyawa )  apabila  sampai  ajalnya ; dan Allah  Amat  Mendalam  Pengetahuan-Nya  mengenai  segala  yang  kamu  kerjakan.  - Al-Munafiquun-

Semalam  kita  hidup . Hari  ini  kita  masih  lagi  bernyawa .  Dan  ketika  ini  Kita  masih  lagi  meminjam  dengan  Allah .  Bersyukur lah  dengan  pinjaman  Allah  ini . Esok . Adakah  kita  di izinkan  Allah  lagi  untuk  meminjam  segala  kenikmatan  ini . Sesungguhnya  tiada  jaminan  untuk  hari  esok .

Kehidupan  kita  sering  alpa  dengan  kenikmatan  duniawi . Bukankah  Allah  itu  Maha  Pengampun ? tidak  mengapalah  untuk  kita  berbuat  dosa  sebanyak  mungkin . Sesungguhnya  kita  lupa ! Ada  hari  dimana  Allah  akan  memalingkan  wajahnya  daripada  kita .

‘’Allah  memanjangkan  tangan-Nya  pada  waktu  malam  untuk  mengampuni   pembuat  dosa  di  waktu  siang  dan  Allah  memanjangkan  tangan-Nya  pada  waktu  siang  untuk  mengampunkan  pembuat  dosa  diwaktu  malam  sehinggalah  terbit  matahari  dari  barat .
-Hadis  riwayat  Ahmad  dan  Muslim

Ini  Kasih  sayang  Allah . Siapakah  yang  mengambil  peluang ?

Berapa  hari  kita  tidur  dan  dapat  bangun  balik  keesokan  harinya ? Lihat   tidur  kita . Kita  bertaubatkah  sebelum  kita  tidur  .. atau  kita  tidur  dalam  keadaan  tidak  bertaubat . Kita  menjadikan  alasan  dengan  keluasan  keampunan  Allah  untuk  kita   terus  melakukan  dosa  tanpa  bertangguh  untuk  bertaubat !

Renunglah  duhai  sahabat  dan  diri .  Angkuhnya  diri  kita  selama  ini ! Kita  ingat  kita  mengumpulkan  dosa – dosa  dan  suatu  hari  kita  akan  bertaubat . Ya ! itu  jika  sempat . jika  sebaliknya ? Sesungguhnya  solat  taubat  itu  harusnya  didirikan  setiap  malam , kerana apa ? kita  manusia . kita  tidak  lari  daripada  kesilapan . Allahurabbi :’(


Buat  diri  ini  dan  kamu , usahlah  mengkhianati  kasih  sayang  Allah  yang  Maha  Luas . Tunduklah  pandanganmu  dengan  penuh  kekhusyukkan  kepada  Allah , Maha  Pencipta  akan  hati – hati  ini .Ingatlah  !

Akan  ada  hari  dimana  Dia  akan  memalingkan  wajah-Nya . ketika  itu  , kita  hanya  menanti  untuk  dilemparkan  ke  neraka  sekiranya  kita  tidak  mempersiapkan  jiwa  kita  bermula  saat  ini .

Tuesday 4 June 2013

Nampak Dekat Jauh Sebenarnya

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana  anda  menilai  seseorang ? Melalui  percakapannya  ,  melihat  pada  pakaiannya , atau  melihat  pada  gaya   personalitinya ? Hmm.. macam-macamkan  kita  boleh  menilai  orang  hingga  kadang-kadang itu  dah  macam  gaya  penyiasat  FBI  saja. Huhu.. tak  menang  tangan  nak  perkatakan  si dia  dan  si  sekian  macamana  orangnya , bagaimana  perangainya ..dan  apa-apa  yang  tidak  langsung  dapat  menyumbang  pada  negara . huhu.. Tapi  kita  sering  lupa .

Lupa  siapa  yang  sepatutnya  menilai .  Manusia  menilai  ada  yang  adil  dan  ada  yang  tidak . Namun  nilaian  Allah swt  jua  yang  Maha  Adil . Kita  sibuk  menilai  saudara-saudara  islam  kita  dengan  hanya  memberi  markah . huh? mudahkan . Yang  cantik  semestinya  dapat  markah  tinggi kan , yang  kaya  mesti dapat  perhatian  lebih.

Dan begitulah  mata  manusia  menilai  si  miskin. Si  kaya  dinilai  semakin  kaya  dan  si  miskin  dilihat  semakin  miskin. Namun  tidakkah  kamu  menghirau  pandangan  atau  nilaian  kamu  terhadap  hati. Hati  seseorang   yang  kamu  nilai  itu . Kayakah  ia  atau  miskin  kah  ia ?

Susahnya  untuk  menilai  orang . Kerana  kita  makhluk  yang  sangat  lemah .  Lebih - lebih  lagi  bila  hanya  berpandukan  akal  fikiran  semata - mata .  Orang  yang  dekat  dan  berada di samping  kita , bagaimana  anda  menilai nya ? Yang  pasti  bila  kita  selesa  berdamping  dan   membuat  dia  sebagai  kawan ,  itulah  yang  membuatkan  kita  belajar  untuk  mengenali  kehidupan. Kawan  yang  dekat  ada  ketika  dia  akan  jauh  dengan   kita . Bila  dekat  adanya  jauh . Bila jumpa  adanya  perpisahan . Itu  lah  kehidupan !

Kesilapan  dalam  menilai . Dari  situlah  kita  belajar . Kesilapan  yang  mendewasakan  kita . Terus  berada  dalam  kesilapan  atau  mencari  jalan  untuk  keluar  dan  perbetulkan  kesilapan   itu . Di mana  pilihan  kita =)


Sunday 14 April 2013

Jangan Jauh dengan Tuhan

 

Apa  yang  kamu  rasa  setelah  solat  ? Lega  atau  mungkin  kamu  pernah  tanya  diri  kamu  sendiri  adakah  aku  dah  solat ? mungkin kan. Susah  kan  nak  dapatkan  khusyuk.seriyes susah =(

Sedangkan  Saidina  Umar  menangis  setelah  beliau  solat . Mengapa ? Kerna  beliau  takut  adakah  Allah  terima  atau  tidak  solatnya . Subhanaallah . Lama  lagi  kita  mahu  jadi  macam  itu.

Banyak  masalah ? Jangan  mengeluh. Segera  cari  Allah. Mengadu  padanya  puas-puas. Memang . Fitrah  manusia  bila  susah  baru  cari  Tuhan. Tapi  bersyukurlah  sekurang-kurangnya  hati  kita  masih  lagi  ada  rasa  bertuhan =)

Jangan  lari  andai  dirimu  berasa  jauh  dengan  Tuhan. Malas  nak  ke  surau ? Tidak  mengapa . Janji  kamu  solat  plus  usaha  untuk  khusyuk  =) Tetapii.. cuba  lah  untuk  pasangkan  niat  penuhkan  lima  waktu  di  surau. kamu memang  Osem ! kalau  buat ^.^

BeRsedih  dan  risaulah  kamu  andai  kamu  tidak  dapat  solat  di  masjid . Mungkin  Allah  tidak  mengizinkan  kamu  masuk mengunjungi  rumahnya . Allahurabbi  T.T

Thursday 28 February 2013

Bermulanya Satu Kesedaran

''Untung  siapa  yang  dapat  dia  ini. Rajin  pergi  usrah, pandai ,  waraq , solehah. Bahkan,  dia  bercita-cita  menyumbang  tenaganya  demi  Islam. ''

Fikir.

Mengapa  perlu  keuntungan  seorang  diikat  dengan  ciri-ciri  seperti  tadi ? Selain  daripada  itu  tidak  beruntungkah ?

Pada  hari  ini, semua  orang  akan  menjadikan  facebook  atau  blog-blog  sebagai  rujukan  mereka. Mereka  mencari  suatu  ''kefahaman''  dengan  menjadikan  teknologi  sebagai  ulamanya.

Bagaimana  mahu  mencari  kefahaman  tersebut  jika  teknologi  yang  ada  tidak  digunakan ?   Apa  yang  saya  lakukan  adalah  pergi  merujuk  kepada  mereka  yang  lebih  tua. Carilah  mereka. Mereka  ada  untuk  berkongsi  pengalaman. Dan  percayalah  saya  mula  belajar  dan  memahami.

Faham  sebelum  bercinta.

Berlainan  dengan  remaja  hari  ini  yang  bercinta  sebelum  memahami. Bagi  saya  Allah  aturkan  bagi  mendapat  kefahaman  terlebih  dahulu  sebelum  menerjah  masuk  ke  alam  itu  secara  melulu.

Fahami  dahulu  mengapa  perlu  bercinta ?
Pentingkah  untuk  kita  memilih  ciri-ciri ?
Bagaimana  patut  bercinta ?
Mengapa  penting  membentuk  diri  sebelum  pernikahan ? Dan  apa  kaitannya  dengan  keadaan  diri  kita?
Apa  kaitan  hubungan  rumah  tangga  yang  kita  bina, dengan  Islam  dan  umat?

Memahami  Cinta  yang  Sebenar. Realistik.



-Kita  hidup  di atas  dunia, bukan  dalam  syurga-

Akhirnya  dalam  perjalanan  saya,  saya  mula  melihat  betapa  betapa  besarnya  perkara  ini. Pada  usia  19 tahun , saya  memahami  perkara  ini  yakni  cinta , pernikahan, dan  rumah  tangga  tidak  boleh  dilaksanakan  sambil  lewa. Tidak  boleh  dilalui  sambil  lewa.

Hal  ini  kerana  saya  mula  menyedari  hubungan  dua  manusia ,  lelaki  dan  perempuan  yang  mahu  bersatu  menjadi  keluarga,  adalah  asas  kepada  pembinaan  ummah  itu  sendiri.

Pada  saya,  sekiranya  saya  merosakkan  perjalanan  cinta  saya , dengan  mengisinya  dengan  perkara  yang  Allah  larang, membinanya  dengan  sambil  lewa  tanpa  kesungguhan, saya  sebenarnya  telah  menyumbang  kepada  kerapuhan  ummah!

Ya! Ketika  ini, ini  yang  saya  lihat. Dan  saya  mula  merancang  masa  hadapan  saya.

Perjalanan   cinta  saya

Rumah  tangga  saya.

Saya  tidak  berasa  malu  untuk  merancang  semua  itu. Bagi  saya  itu  Penting. Ramai  yang  berseronok  dan  teruja  dalam  menerjah  percintaan , perkahwinan  dan  rumah  tangga. Sibuknya  kita  hanya  dengan  isu  pergaulan  lelaki  dan  perempuan. Bagaimana  cinta  sebelum  kahwin  halal  ataupun  tidak? Istikharah  bagaimana? dan  sebagainya.

Bagaimanapun  tiada  yang  menyedari  perkara  ini.

Pembinaan  Ummah!

Meereka  yang  menyedari  menyibukkan  diri  dengan  dengan  perkara-perkara  kecil. Bagi  yang  menyedari , dia  menyibukkan  diri  dengan  perkara-perkara  besar.

Friday 15 February 2013


Dalam kehidupan ini, kita sering mengadakan kontrak, bermain dengan kontrak, atau kadang-kadang kita nakal sehingga kita lari daripada kontrak kehidupan. Justeru, mungkin pelbagai tindakan dikenakan kepada kita kerana gagalnya kita mematuhi kontrak yang seharusnya dilaksanakan. 

Namun, sama ada kita sedar ataupun tidak, kita telah pun mengadakan satu  kontrak bukan satu Malaysia.
..errkk. OK. maen! kita telah  pun  mengadakan  satu  kontrak   yang lebih agung dengan Allah yang menciptakan kita sewaktu di alam roh dahulu. Kontrak yang dinamakan sebagai ' Kontrak Hidup' . Ia  mengikat janji kita, bukan sahaja untuk mengiktiraf  Allah sebagai Tuhan, bahkan juga untuk mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. fuhh ..( berpeluh)

Ayuh  kita  memikirkan  dan  merenung  kembali  kisah  perjanjian  lama  ini . . antara  kita  dengan  Tuhan . nanges . mungkin  kita  tertanya-tanya bilakah  termenterainya  perjanjian  ini , mungkin ? Ya ! kita  lupa . malang. mungkin  ada  yang  tidak  tahu .. Allahurabbi !

Seringkali kita lupa dan lalai dengan perjanjian ini. Seringkali kita melanggar kontrak ini, lantas menjadikan kita hamba yang menzalimi diri sendiri. Berapa banyak janji kepada Allah yang telah kita ingkar? Berapa kerap janji yang telah kita langgar? Berapa sering kita abai dan remehkan janji ini?

Ya Allah, ampuni kami Ya Allah. Kami telah menzalimi diri kami selama ini. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dan tenggelam dengan dosa-dosa kami. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi hamba-hambaMu yang taat, yang benar-benar Engkau redhai. 

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebelum kontrak ini tamat tempohnya, berilah kepada kami kesempatan mengumpul bekalan secukupnya untuk dibawa apabila berhadapan denganMu di akhirat nanti. Dan dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, akhirilah kontrak kami ini dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin

Thursday 3 May 2012

Foto Itu Seni

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah  dapat    menggunakan  nikmat  tangan  untuk   rajin  mengupdate  blog =)
Seni? ish..sastera tu..hmm.. ini  pandangan  jumud  manusia-manusia  yang  malas  nak  mengupdatekan  akal. Orang  otak  sains  pun  ada  bakat  tau  bub-bub  seni  ini.

Oleh  kerana  semenjak  dua  menjak  ini  admin  tergila-tergilakan  fotografi  punya  bidang,  So  tajuk  enri  kali  ini  adalah  seni  foto.jeng3!! Apa hal? entah..

'' Dengan  ambil  gambar   kita  boleh dapat  pahala, dan  dengan  ambil  gambar  juga  kita  boleh   dapat  dosa   free-free '' Free of  charge tue..

Pernah  kita  cari  dan  merenung  pada  kekuasaan  Allah  swt  yang  maha  Hebat  mencipta  dunia  ini ? Bunga  tahi  ayam..alahaii.. nama  pun  tak  ada  selera  orang  nak  pandang  apatah  lagi  nak  mendapatkannya. Tapi  bila  kita  ambil  gambar  dengan  dekat  or  fokus  hanya  pada  bunga , tidak  cantikkah  ia ?




Subhanallah..

Kadang-kadang  hanya  itu  yang  mampu  terungkap  di  bibir  ini  tatkala  hati  selama  ini  tidak  pernah  melihat  dengan  mata  hati  akan  kebesaran  dan  keindahan  ciptaan  Allah  swt  ini .

Ada  ketikanya  dengan  foto  seseorang  itu  mendapat  hidayah Allah..
Ada  ketika  dengan  foto  seseorang  itu  tersedar  dengan  keajaiban  ciptaan  Rabbul Izzati  ini ..
namun..
Ada  ketika  manusia  mendapat  dosa  dengan  foto ..Nauzubillah

p/s : Kepada  pencipta  fotografi , lihatlah  kebesaran  Allah  melalui  DSLR  anda ..wink2..**

Sunday 29 April 2012

erti ketabahan dari sebuah kematian

Assalamualaikum..

Tirai  entri  kali  ini  dibuka  dengan  tajuk  yang  pasti  kita  akan  atau  telah alami.bagi admin, TELAH  merasai.hmm..dalam itu maksudnya..hehe

Yes, for sure.. saya  dah  rasa  pahit  ke  manis  ke  sebuah  kehilangan. mostly  kehilangan insan yang  dekat  dengan  kita. Pelik  bukan  jika  saya  katakan  kehilangan  itu  ada  manisnya ? mesti  sedih  dan  adakalanya  manusia  sampai  putus  asa  hendak  teruskan  kehidupan  atau  tidak  setelah  merasai  pahitnya  kehilangan.

ok..ok..dah! disini  saya  ingin  membawa  saudara-saudara  seagamaku  merasai  bagaimana  untuk  merasai  kemanisan  dan  cara  untuk  mendapatkannya disebalik  tawarnya  kehilangan  itu  =)

Kalian  semua  ada  binatang  peliharaan ? kucing  ke..arnab  ke..dan  apa-apa  lah  janji  bukan  yang  berbisa.he..hmm, memandangkan  saya  suka  kucing,  so  saya  pilih  cat  lah  ye.suka  kucing  sebab  keturunan...hehe, anak  mak  katakan, wink-wink**dulu lahh..  tapi sekarang suka  kucing  kerana  Allah s.w.t..

bila  dah  pelihara  banyakk  kucing  nih  selama  bertahun-tahun, sekarang saya  dah  sedar bahawa  saya dapat  something. something  yang  amat  berguna  untuk  hidup  saya , Ketabahan. ya, saya dapat ketabahan  melalui  ciptaan  Allah s.w.t  yang  maha  Hebat  ini, Kucing..


LA  TAHZAN..  DIRIMU  KE  SYURGA  JUA


Pengalaman  melihat  kucing  dirempuh, dilenyek, dibaham, dipukul, dipotong  dan  hancur  berkecai  hanya Tuhan  yang  tahu  hati  ini. Hati ini  mudah  tersentuh  kerana  Allah sw.t  yang  pegang  hati  ini. Semoga  hati  ini  bersih  dengan  cahaya  iman.

Percayalah..erti  ketabahan  itu  ada  pada  ciptaan  Allah s.w.t. Jiwa  saya  tabah  bila  benda  yang  kita  teramat  sayang  pergi  intuk  selamanya.  Yang  paling  manis  bila  saya  yakin  jasad yang  pergi  untuk  selamanya  itu  dah  menuju  ke  syurga, indah  bukan ?  =)

Itu  kucing.. manusia  lain kan. syurga  atau  neraka, amal  kita  yang  menentukan  arah  tuju  kita. So, kematian or kehilangan  kucing  buat  saya  semakin  tabah  dan  bersedia. Bersedia  untuk menghadapi  kehilangan  insan. Kehilangan  abang  buatku  semakin  tabah.

p/s : jangan  benci  pada  kucing, kerana  benci  itu  maknanya  benci  pada  ciptaan  Allah s.w.t. moga dijauhkan perasaan benci  itu.